Tuesday, February 1, 2011

Karkuzari Jemaah/Kashmir


In the Name of Allah. The Most Beneficent, the Most Merciful.                                                                                      

For every News there is a fact, for everything there is an Appointed Term  And (TIME) You Will Come to Know. (V6 : 67)



I'm Telling You, I’m so tired watching all of my life? Those they call themselves a leaders in the world just working and talking about the technical?  What I have seen, they have only the technical - that’s cant solve any human solution? Verily, They was unjust (to themself) and ignorant (of its results)?




















posted by Jamaliahyusofyacob <WWW.My1WC.yolasite.com>



Karkuzari Jemaah Ke Kashmir 8 Okt 2005..
Author: GOTABLIGH.COM//Category: Karkuzari Karkuzari Jemaah Ke Kashmir 8 Okt 2005 . . . Salam . . .

Pengalaman Jemaah Tabligh . . .                                                                                                  

Karkuzari ini disampaikan oleh Saudara Munir Shah Sakandar Miah.

oleh: fikirumat.blogspot.com

Jemaah kami telah keluar 4 bulan dan telah dihantar ke Kashmir daerah Bagh. Saya sendiri Amir kepada jemaah saya itu. Selain daripada jemaah saya terdapat 24 jemaah lain lagi yang buat usaha agama di kawasan itu. Jemaah kami telah dihantar ke suatu kawasan perumahan orang2 elit di kawasan bandar Bagh.

Dari segi dunia, penduduk2 di kawasan itu ialah orang2 yang terpelajar berpendidikan moden. Dari segi agama pula, kebanyakan mereka mereka menunaikan solah dan membaca Al-Qur’an. Mereka tidak ada kaitan dengan mana2 kumpulan ajaran sesat. Mereka juga tahu sedikit sebanyak mengenai usaha agama/usaha dakwah tetapi secara sengaja mereka menentangnya.

Mereka menganggap bahawa usaha agama ini adalah penghalang dan mengganggu kerja2 dunia mereka. Mereka berkata “kita kena usahakan dunia dulu, dapatkan asbab2 kemajuan sebagaimana negara2 yang telah maju kemudian barulah buat usaha agama”.

Di kawasan ini ada beberapa orang yang menjadi pembesar mereka. Pengaruh pembesar2 itu tersebar ke seluruh kawasan tersebut. Sehinggakan pegawai2 kerajaan pun menjadi pengikut mereka.

Orang2 di kawasan ini melayan kami dengan buruk terutamanya orang2 tua dan orang2 lemah di antara kami.

Kebiasaan mereka akan dipukul semasa menjalankan gasht (ziarah jumpa orang). Sekali, semasa melakukan gasht di kawasan sebuah sekolah mereka telah dipukul. Dan semasa menjalankan gasht di sebuah kem tentera, ahli jemaah telah diperlakukan dengan buruk sehingga mereka telah diberi amaran keras supaya tidak datang melakukan gasht di situ lagi. Sebagai denda jemaah itu diperintahkan untuk mengutip sampah-sarap.

Di masjid pula , bekas2 yang diisikan air (lota/bekas wudhu’))untuk kegunaan kami telah diludah oleh penduduk2 di situ sebanyak 7-8 lota. Kami mengambil air itu dgn susah payah berjalan mendaki bukit sejauh 1.5-2 km kemudian orang2 di situ menyianyiakan air kami begitu sahaja. Ada juga orang di situ kencing di dalam air kami.

Ilham daripada Allah S.W.T dengan perantaraan mimpi sehari sebelum gempa bumi di kawasan situ berlaku, seorang pemuda yang sedang keluar bersama satu jemaah yang sedang buat usaha di Rajanpur (satu kawasan berhampiran dgn tempat kami) telah bermimpi melihat bukit-bukau yang berhampiran melaung-laung meminta tolong seumpama seorang manusia yang sedang mengalami kesakitan yang teruk.

Pada waktu sahur, amir jemaah itu bersama dengan pemuda itu telah datang ke tempat jemaah kami dan mengkhabarkan tentang mimpi itu. Pemuda itu mengalami ketakutan yang amat sangat. Hampir jam 5 pagi kami telah menghubungi pihak di Markaz Raiwind.

Saya sendiri telah bercakap dengan Haji Abdul Wahab Sab selepas beliau selesai memberi Bayan Subuh. Haji Sab telah memberi jawapan secara sepontan iaitu kumpulkan semua jemaah yang ada di kawasan itu dengan segera.

Alas2 tidur kamu hendaklah ditindih dengan batu2 sementara tong2 gas hendaklah ditanam dalam bumi.

Jemaah kamu sendiri dan juga semua jemaah yang lain hendaklah dikumpulkan serta bermalam di suatu kawasan tanah lapang.

Usahalah/pujuklah orang di situ sehabis-habisnya untuk berkumpul di tempat tersebut. Jangan beritahu tentang mimpi itu kepada sesiapa pun.

Demikianlah, dengan susah payah kami telah usahakan mengumpulkan 23 jemaah yang salah satu daripada jemaah2 itu telah datang sendiri setelah mereka mendapat tahu berita itu. 2 jemaah lagi kami tidak dapat hubungi mereka.

Masalahnya ialah, di sini kawasannya berbukit sementara itu kami tidak ada perhubungan dengan orang tempatan, Kami telah berusaha bersungguh-sungguh ke atas orang2 kampung tetapi mereka tidak ingin mendengar cakap kami.
Hanya seorang penjaga sekolah yang datang bersama kami dan telah menghabiskan masa malam bersama kami.



Data yang menunjukkan tanda2 gegaran beberapa hari sebelum gegeran besar berlaku.

Hari itu, 8 Okt 2005, hari Sabtu. Sebaik sahaja mata kami terlelap, kedengaran suara tempikan yang dahsyat daripada bumi dan bukit-bukau yang berdekatan. Semua kami terbangun dari tidur.

Salah seorang daripada kami menyangka bahawa itu adalah igauan tidur sahaja sebaliknya itulah suara sebenar iaitu suara yang telah didengari oleh pemuda yang bermimpi mengenai kejadian tersebut. Serentak dengan itu, di langit sejenis awan hitam datang dengan begitu laju. Dari awan itu pun kedengaran suara yang sama.

Demikian juga dari awan itu kelihatan sejenis pancaran cahaya. Selepas beberapa minit, berlaku gempa bumi yang sangat dahsyat. Gempa itu begitu kuat sehingga kami tidak dapat berdiri, selepas itu datang pula gempa berlainan gegarannya iaitu gegaran yang turun naik. Kami terlambung ke atas setinggi satu setengah hingga dua kaki kemudian jatuh ke bawah. 



Runtuhan di sebabkan gegaran, ribut serta hujan lebat yang aneh.

Di hadapan mata kami,hanya dalam beberapa saat sahaja seluruh bandar telah menyembah bumi. Bangunan 2 di sekolah dan kem tentera juga telah tenggelam dalam bumi. Kemudian selepas itu, hujan lebat sangat dahsyat mula turun.

Hujan itu bukanlah hujan biasa sebaliknya ia adalah hujan yang setiap titisannya sebesar mangkuk.

Kerana kecuaian kami, satu tong gas telah tertinggal di luar tidak ditanam maka ia telah meletup. Kemudian selepas itu, ribut yang kencang telah datang dari arah timur dan barat yang menyebabkan pokok2 telah tumbang.

Sebelum ribut itu datang, semua haiwan termasuk lalat hinggakan kerbau, lembu, kambing, anjing dan lain2 lelah lari ke arah selatan hinggakan kawasan itu kosong sama sekali daripada sebarang haiwan.

Hanya dalam beberapa saat sahaja, kehidupan telah bertukar dgn kematian. 


Sekuat mana pun foundation yang manusia boleh bina namun kuasa Allah boleh mengatasi dengan cukup sekadar berkata “kun faya kun” . . . 


Setiap bangunan telah rebah menyembah bumi. Bandar yang didiami oleh ribuan penduduk sekarang hanya tinggal kami ahli2 jemaah dan seorang penjaga sekolah yang masih hidup.

Kami telah memohon bantuan dari segenap penjuru, namun tiada yang diterima oleh Allah SubhanahuWataala. Bantuan yang pertama sampai adalah dari Markaz Raiwind, Haji Abdul Wahab Sab sampai pada waktu Asar bersama beberapa orang pelajar madrasah dgn menaiki helikopter.

Selama 3 hari lagi kami tinggal di kawasan itu. Gegaran demi gegaran serta hujan yang lebat terus berlaku. Tidak ada apa bantuan yang boleh sampai ke tempat itu. Haji Abdul Wahab telah menghantar sebanyak 9000 beding (alas tidur).

Dalam setiap beding disertakan gula, beras dan lain2 sebagai bantuan. Namun, selain daripada kami, tidak ada kehidupan yang tinggal.

Di mana2 sahaja kelihatan mayat2 bergelimpangan. Kami telah menyembahyangkan sebanyak 1300 jenazah. Himpunan jenazah yang kami sembahyangkan sekurang-kurangnya 7 mayat sehinggalah 50-60 mayat.

Segala kekuasaan hanyalah mutlak milik Engkau Ya Allah . . .

Setelah menghadapi mujahadah(susah payah) menguruskan jenazah selama 3 hari, kami berusaha mencari orang2 yang terselamat dan masih hidup di kawasan itu tetapi tidak menemui sesiapa pun yang masih hidup kecuali seorang bayi.



Kami berada dalam keadaan yang penuh mujahadah kerana terpaksa menahan bau busuk mayat sehinggakan susah untuk kami bernafas. Pemuda yang bermimpi itu telah nampak malaikat2 memegang tali cambuk.

Setiap masa beliau di dalam ketakutan dan kebimbangan.

Sekali beliau nampak para malaikat dalam bentuk kanak2,maka amir jemaah telah menyuruh kami mengajarkan beliau kalimah syahadah lalu beliau pun meninggal dunia. Selain daripada beliau ada 3 orang lagi yang telah tua lagi lemah tidak dapat menanggung kesusahan itu lalu mereka juga telah meninggal dunia.

Alhamdulillah, semua ahli jemaah telah bermimipi Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam  atau mana2 Nabi yang nama mereka ada di dalam Al-Qur’an atau mana2 sahabat Nabi Radhiyallahu Anhu. Mungkin ini ialah hadiah drp Allah SubhanahuWataala untuk menenangkan kami yang menghadapi ketakutan dan kebimbangan.

Saudara2ku sekelian,karkuzari ini bukanlah dongengan , bahkan satu hakikat.

Kenapakah azab Allah SubhanahuWataala dalam bentuk gempa bumi telah datang? Pada lidah kita ada kalimah tetapi keyakinan tidak ada di dalam hati.

Di kawasan itu, solah berjemaah hidup tetapi tiada amalan2 Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam (dakwah, ta’lim ta’lum, ibadat dan khidmat). Mereka sibuk dgn kemajuan dunia dan menganggap agama adalah satu perkara yang tidak bernilai dan mengaibkan mereka.

Sebaliknya mereka menyangka pelajaran moden, fesyen moden, harta dan kekayaan sebagai kemajuan dan kejayaan. Mereka cintakan ahli dunia dan bencikan ahli agama/akhirat.

Saudara2ku,demi Allah tinggalkanlah fikiran2 seumpama itu yang hakikatnya telah kita sama2 lihat. Tuan2 buatlah azam utk mengubah keyakinan dan cara hidup kita kepada cara hidup Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam.

Kita kena berusaha utk keluarkan diri kita drpd kelalaian dan bersama utk memajukan agama Allah, jika tidak mungkin azab yng lebih besar akan datang. Kami telah pulang ke Markaz Raiwind pada 11 Oktober 2005.

Ya Allah . . . . Terima Kasih kerana mengasihi kami di Malaysia ni . . . Sedang maksiat, kemungkaran,wanita tidak tutup aurat, isteri derhaka pada suami,manusia memakan harta anak yatim, homoseks, riba berleluasa, minum arak tanpa segan silu, pecah belah dalam urusan agama yang berlaku di kalangan kami namun Engkau masih tidak menimpakan bala yang dahsat seperti yg telah Engkau timpakan ke atas Kashmir, kaum Nabi Luth, tentera Abrahah, tentera Firaun, kaum Ad, umat Nabi Allah Nuh, kaum Tsamud dan pelbagai azab yg telah Engkau beritahu kami melalui kalamMu Al-Quran serta kekasihMu yang kami sanjungi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam.

Ya Allah maafkan kami di atas kemungkaran yang telah kami lakukan . . . Beri lah kami peluang untuk mengubah suasana kemungkaran ini kepada ketaatan. Pilih dan pilih lah lagi kami untuk menjadi pembantu agamamu sehingga kami tiada lagi . . . Ya Allah perkenankan la harapan kami dan kepadaMu la kami memohon pertolongan..

Ameen Ya Rabbal Alameen . . . 










bersambung . . . 

Pemerintah Khalifah/Khilafah Islamiyah

6:67

God Almighty says in the Holy Quran: For every news there is a fact, i.e. for everything there is an appointed term (TIME) and you will come to know. (QS6: 67)

'In the name of Allah, Most Gracious, Ever Merciful'


I'm Telling You, I’m so tired watching all of my life? Those they call themselves a leaders in the world just working and talking about the technical?  What I have seen, they have only the technical - that’s cant solve any human solution? Verily, They was unjust (to themself) and ignorant (of its results)?


















Pemerintah Khalifah Di dalam Khilafah Islamiyah

posted by Jamaliahyusofyacob <WWW.1WC.yolasite.com>

Dalam sejarah kaum muslimin hingga hari ini, pemerintah Islam di bawah institusi Khilafah Islamiah pernah dipimpin oleh 104 khalifah.


-Mereka (para khalifah) terdiri dari 5 orang khalifah dari khulafaur raasyidin.

-14 khalifah dari dinasti Umayyah.

-18 khalifah dari dinasti 'Abbasiyyah.

-Diikuti dari Bani Buwaih 8 orang khalifah, dan

-Dari Bani Saljuk 11 orang khalifah.

-Dari sini pusat pemerintahan dipindahkan ke kairo, yang dilanjutkan oleh 18 orang khalifah.

-Setelah itu khalifah berpindah kepada Bani 'Utsman.

Dari Bani ini terdapat 30 orang khalifah. Umat masih mengetahui nama-nama para khulafaur rasyidin dibandingkan dengan yang lain.

Walaupun mereka juga tidak lupa dengan Khalifah 'Umar bin 'Abd al-'Aziz, Harun al-rasyid, Sultan 'Abdul Majid, serta khalifah-khalifah yang masyur dikenal dalam sejarah.

 Adapun nama-nama para khalifah pada masa khulafaur Rasyidin sebagai berikut:

1.Abu Bakar ash-Shiddiq Radhiyallahu Anhu (tahun 11-13 H/632-634 M)

2.'Umar bin khaththab Radhiyallahu Anhu (tahun 13-23 H/634-644 M)

3.'Utsman bin 'Affan Radhiyallahu Anhu (tahun 23-35 H/644-656 M)

4.Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu Anhu (tahun 35-40 H/656-661 M)

5.Al-Hasan bin Ali Radhiyallahu Anhu (tahun 40 H/661 M)

Setelah mereka, khalifah berpindah ke tangan Bani Umayyah yang berlangsung lebih dari 89 tahun. Khalifah pertama adalah Mu'awiyyah. Sedangkan khalifah terakhir adalah Marwan bin Muhammad bin Marwan bin Hakam. Masa kekuasaan mereka sebagai berikut:

1.Mu'awiyah bin Abi Sufyan (tahun 40-64 H/661-680 M)

2.Yazid bin Mu'awiyah (tahun 61-64 H/680-683 M)

3.Mu'awiyah bin Yazid (tahun 64-68 H/683-684 M)

4.Marwan bin Hakam (tahun 65-66 H/684-685 M)

5.'Abdul Malik bin Marwan (tahun 66-68 H/685-705 M)

6.Walid bin 'Abdul Malik (tahun 86-97 H/705-715 M)

7.Sulaiman bin 'Abdul Malik (tahun 97-99 H/715-717 M)

8.'Umar bin 'Abdul 'Aziz (tahun 99-102 H/717-720 M)

9.Yazid bin 'Abdul Malik (tahun 102-106 H/720-724 M)

10.Hisyam bin Abdul Malik (tahun 106-126 H/724-743 M)

11.Walid bin Yazid (tahun 126 H/744 M)

12.Yazid bin Walid (tahun 127 H/744 M)

13.Ibrahim bin Walid (tahun 127 H/744 M)

14.Marwan bin Muhammad (tahun 127-133 H/744-750 M)

Setelah mereka, khalifah berpindah ke tangan 18 khalifah dari dinasti 'Abbasiyyah, diikuti dari Bani Buwaih 8 orang khalifah, dan dari Bani Saljuk 11 orang khalifah. Masa kekuasaan mereka sebagai berikut:

I. Dari Bani 'Abbas 1.Abul 'Abbas al-Safaah (tahun 133-137 H/750-754 M)

2.Abu Ja'far al-Mansyur (tahun 137-159 H/754-775 M)

3.Al-Mahdi (tahun 159-169 H/775-785 M)

4.Al-Hadi (tahun 169-170 H/785-786 M)

5.Harun al-Rasyid (tahun 170-194 H/786-809 M)

6.Al-Amiin (tahun 194-198 H/809-813 M)

7.Al-Ma'mun (tahun 198-217 H/813-833 M)

8.Al-Mu'tashim Billah (tahun 218-228 H/833-842 M)

9.Al-Watsiq Billah (tahun 228-232 H/842-847 M)

10.Al-Mutawakil 'Ala al-Allah (tahun 232-247 H/847-861 M)

11.Al-Muntashir Billah (tahun 247-248 H/861-862 M)

12.Al-Musta' in Billah (tahun 248-252 H/862-866 M)

13.Al-Mu'taz Billah (tahun 252-256 H/866-869 M)

14.Al-Muhtadi Billah (tahun 256-257 H/869-870 M)

15.Al-Mu'tamad 'Ala al-Allah (tahun 257-279 H/870-892 M)

16.Al-Mu'tadla Billah (tahun 279-290 H/892-902 M)

17.Al-Muktafi Billah (tahun 290-296 H/902-908 M)

18.Al-Muqtadir Billah (tahun 296-320 H/908-932 M)

II. Dari Bani Buwaih 19.Al-Qahir Billah (tahun 320-323 H/932-934 M)

20.Al-Radli Billah (tahun 323-329 H/934-940 M)

21.Al-Muttaqi Lillah (tahun 329-333 H/940-944 M)

22.Al-Musaktafi al-Allah (tahun 333-335 H/944-946 M)

23.Al-Muthi' Lillah (tahun 335-364 H/946-974 M)

24.Al-Thai'i Lillah (tahun 364-381 H/974-991 M)

25.Al-Qadir Billah (tahun 381-423 H/991-1031 M)

26.Al-Qa'im Bi Amrillah (tahun 423-468 H/1031-1075 M)

III. Dari Bani Saljuk
27. Al Mu'tadi Biamrillah (tahun 468-487 H/1075-1094 M)

28. Al Mustadhhir Billah (tahun 487-512 H/1094-1118 M)

29. Al Mustarsyid Billah (tahun 512-530 H/1118-1135 M)

30. Al-Rasyid Billah (tahun 530-531 H/1135-1136 M)

31. Al Muqtafi Liamrillah (tahun 531-555 H/1136-1160)

32. Al Mustanjid Billah (tahun 555-566 H/1160-1170 M)

33. Al Mustadhi'u Biamrillah (tahun 566-576 H/1170-1180 M)

34. An Naashir Liddiinillah (tahun 576-622 H/1180-1225 M)

35. Adh Dhahir Biamrillah (tahun 622-623 H/1225-1226 M)

36. al Mustanshir Billah (tahun 623-640 H/1226-1242 M)

37. Al Mu'tashim Billah ( tahun 640-656 H/1242-1258 M)

Setelah itu kaum muslimin hidup selama 3,5 tahun tanpa seorang khalifah pun. Ini terjadi karena serangan orang-orang Tartar ke negeri-negeri Islam dan pusat kekhalifahan di Baghdad. Namun demikian, kaum muslimin di Mesir, pada masa dinasti Mamaluk tidak tinggal diam, dan berusaha mengembalikan kembali kekhilafahan.

Kemudian mereka membai'at Al Muntashir dari Bani Abbas. Ia adalah putra Khalifah al-Abbas al-Dhahir Biamrillah dan saudara laki-laki khalifah Al Mustanshir Billah, paman dari khalifah Al Mu'tashim Billah.

Pusat pemerintahan dipindahkan lagi ke Mesir. Khalifah yang diangkat dari mereka ada 18 orang yaitu:

1. Al Mustanshir billah II (taun 660-661 H/1261-1262 M)

2. Al Haakim Biamrillah I ( tahun 661-701 H/1262-1302 M)

3. Al Mustakfi Billah I (tahun 701-732 H/1302-1334 M)

4. Al Watsiq Billah I (tahun 732-742 H/1334-1354 M)

5. Al Haakim Biamrillah II (tahun 742-753 H/1343-1354 M)

6. al Mu'tadlid Billah I (tahun 753-763 H/1354-1364 M)

7. Al Mutawakkil 'Alallah I (tahun 763-785 H/1363-1386 M)

8. Al Watsir Billah II (tahun 785-788 H/1386-1389 M)

9. Al Mu'tashim (tahun 788-791 H/1389-1392 M)

10. Al Mutawakkil 'Alallah II (tahun 791-808 H/1392-14-9 M)

11. Al Musta'in Billah (tahun 808-815 H/ 1409-1426 M)

12. Al Mu'tadlid Billah II (tahun 815-845 H/1416-1446 M)

13. Al Mustakfi Billah II (tahun 845-854 H/1446-1455 M)

14. Al Qa'im Biamrillah (tahun 754-859 H/1455-1460 M)

15. Al Mustanjid Billah (tahun 859-884 H/1460-1485 M)

16. Al Mutawakkil 'Alallah (tahun 884-893 H/1485-1494 M)

17. al Mutamasik Billah (tahun 893-914 H/1494-1515 M)

18. Al Mutawakkil 'Alallah OV (tahun 914-918 H/1515-1517 M)


Kekuasaan Khilafah Islamiyah Uthmaniyah (Hijau)

Ketika daulah Islamiyah Bani Saljuk berakhir di anatolia, Kemudian muncul kekuasaan yang berasal dari Bani Utsman dengan pemimpinnya "Utsman bin Arthagherl sebagai khalifah pertama Bani Utsman, dan berakhir pada masa khalifah Bayazid II (918 H/1500 M) yang diganti oleh putranya Sultan Salim I. 

Kemuadian khalifah dinasti Abbasiyyah, yakni Al Mutawakkil "alallah diganti oleh Sultan Salim. Ia berhasil menyelamatkan kunci-kunci al-Haramain al-Syarifah. 

Dari dinasti Utsmaniyah ini telah berkuasa sebanyah 30 orang khalifah, yang berlangsung mulai dari abad keenam belas Masehi. nama-nama mereka adalah sebagai berikut:

1. Salim I (tahun 918-926 H/1517-1520 M)

2. Sulaiman al-Qanuni (tahun 916-974 H/1520-1566 M)

3. salim II (tahun 974-982 H/1566-1574 M)

4. Murad III (tahun 982-1003 H/1574-1595 M)

5. Muhammad III (tahun 1003-1012 H/1595-1603 M)

6. Ahmad I (tahun 1012-1026 H/1603-1617 M)

7. Musthafa I (tahun 1026-1027 H/1617-1618 M)

8. 'Utsman II (tahun 1027-1031 H/1618-1622 M)

9. Musthafa I (tahun 1031-1032 H/1622-1623 M)

10. Murad IV (tahun 1032-1049 H/1623-1640 M)

11. Ibrahim I (tahun 1049-1058 H/1640-1648 M)

12. Mohammad IV (1058-1099 H/1648-1687 M)

13. Sulaiman II (tahun 1099-1102 H/1687-1691M)

14. Ahmad II (tahun 1102-1106 H/1691-1695 M)

15. Musthafa II (tahun 1106-1115 H/1695-1703 M)

16. Ahmad II (tahun 1115-1143 H/1703-1730 M)

17. Mahmud I (tahun 1143-1168/1730- 1754 M)

18. "Utsman IlI (tahun 1168-1171 H/1754-1757 M)

19. Musthafa II (tahun 1171-1187H/1757- 1774 M)

20. 'Abdul Hamid (tahun 1187-1203 H/1774-1789 M)

21. Salim III (tahun 1203-1222 H/1789-1807 M)

22. Musthafa IV (tahun 1222-1223 H/1807-1808 M)

23. Mahmud II (tahun 1223-1255 H/1808-1839 M)

24. 'Abdul Majid I (tahun 1255-1277 H/1839-1861 M)

25. "Abdul 'Aziz I (tahun 1277-1293 H/1861-1876 M)

26. Murad V (tahun 1293-1293 H/1876-1876 M)

27. 'Abdul Hamid II (tahun 1293-1328 H/1876-1909 M)

28. Muhammad Risyad V (tahun 1328-1339 H/1909-1918 M)

29. Muhammad Wahiddin II (tahun 1338-1340 H/1918-1922 M)

30. 'Abdul Majid II (tahun 1340-1342 H/1922-1924 M)

Marhalah dakwah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam menyebarkan dan menerapkan Islam yang boleh diringkaskan sebagai berikut: adalah rujukan Marhalah dakwah Hizbut Tahrir untuk mengembalikan semula kehidupan Islam secara keseluruhan dengan mendi-rikan semula Negara(Daulah) Islam Khilafah.

Ini jelas dapat dilihat di dalam perjuangan dakwah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam menyebarkan dan menerapkan Islam yang boleh diringkaskan sebagai berikut: menyebarkan dan menerapkan Islam yang boleh diringkaskan sebagai berikut:

Pertama: Marhalah Tasqif                                                                                                                              
Tahap pembinaan para sahabat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam menyebarkan dan menerapkan Islam yang boleh diringkaskan sebagai berikut: untuk melahirkan indi-vidu-individu yang meyakini fikrah Islam dan thariqah Islam untuk digunakan membentuk kerangka gerakan dakwah yang terorganisasi di Mekah.

Ke-2: Marhalah Tafa'ul ma'al Ummah

Tahap berinteraksi gerakan dakwah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam menye-barkan dan menerapkan Islam yang boleh diringkaskan sebagai berikut: dan para sahabat Radhiyallahu Anhu dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai masalah utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

Ke-3: Marhalah Istilamil Hukmi

Tahap pengambilalihan kekuasaan Negara(Daulah) Islam di Madinah dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad.

Hadis Imam Ahmad juga diriwayatkan oleh Baihaqi dari Nu'man Bin Basyir; “Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam menyebarkan dan menerapkan Islam yang boleh diring-kaskan sebagai berikut: bersabda: Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.” [HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah]

Wasalam








'L A N G I T'

Diriwayatkan dalam sebuah kitab karangan AI-Imam Ghazali menerangkan bahawa diantara langit' dan langit yang lain jarak jauhnya ialah 500 tahun perjalanan.

Dan tebal setiap langit pun demikian juga. Diterangkan bahawa sesungguhnya langit DUNIA itu lebih putih warnanya jika dibandingkan dengan susu.

Dan adapun dia menjadi hijau (biru) kerana kehijauan gunung Qaf.

Nama langit DUNIA ialah Raqi'ah.

Langit yang ke-2 pula terdiri dari besi yang cemerlang dan memancarkan cahayanya yang bemama Faidum atau Mu'un.

Langit yang ke-3 pula terdiri dari tembaga disebut Malakut atau Harayun.

Langit yang ke-4 terdiri dari perak yang putih, dan cahayanya hampir-hampir dapat menghilangkan pemandangan mata. Dan namanya ialah Zahirah.

Langit yang ke-5 terdiri daripada emas merah yang disebut Muzayyanah atau Musahharah.

Langit yang ke-6 terdiri dari mutiara yang gilang gemilang cahayanya dan namanya disebut Khalishah.

Langit yang ke-7 terdapat Baitul Ma'mur yang mana memiliki 4  tiang, tiang pertama darinya terdiri dari Yaqut merah, tiang ke-2 darinya terdiri dari Zabar Jad, tiang ke-3 terdiri dari perak putih, dan tiang ke-4 terdiri dari emas merah.